Masing-masing mempunyai idea dan citarasa sendiri, saya lebih suka memasang perisian Windows* di Crossover kerana enjinnya akan mengendalikan secara automatik semasa pemasangan bagi mengisi kod, font, plugin dsb yang menjadi keperluan pada asas sistem WIndows. Secara ringkasnya, Crossover akan sedaya upaya menterjemahkan dan meniru satu ruang Program Files pada partisi C:/ seperti Windows. Paling best boleh pindah "Bottles" ke komputer lain.
Saya tidak menafikan Wine juga dapat melakukan seperti sifat Crossover ini dengan kehadiran bantuan aplikasi PlayOnLinux.
Pernah suatu dulu, saya memasang MS Office 2007 dalam Wine, saya terserempak banyak BUG umpamanya semasa menggunakan MS Office word 2007, saya buka satu lagi dokumen baru, dan minimize dokumen pertama..alamak ianya bersebunyi bukan ditempat Windows List pada panel bawah. Kedua setelah beberapa kali buka-tutup MS office ini, satu lagi BUG berlaku yang tidak boleh saya maafkan iaitu MS Office "Hang" menyebabkan Ubuntu juga seakan hang. Ketiga, penggunaan memori melonjak naik 10% apabila Wine dan MS office dihidupkan. Sebenarnya, semua bug ini boleh di atasi dengan merajinkan diri mencari jawapannya di dalam Forum Wine.. Bak kata orang, manusia ni kalau boleh mahu pakai yang senang dan mudah tanpa banyak "songel", saya pun juga begitu..haaa..haa..
Baiklah, saya tidak mahu melalut panjang; kita terus berbalik kepada tajuk iaitu memasang MS office 2007 pada Ubuntu dengan menggunakan aplikasi Crossover Pro 9. Kenapa mesti versi Pro 9? Suka hati saya lah, haa..haa..
Langkah 1
Muat turun
crossover-pro_9.0.0-1_i386.deb melalui server
4Shared. Kemudian Dwi klik pakej deb Crossover ini untuk pemasangannya. Setelah siap, aplikasi ini boleh dicapai melalui menu Applications>Crossover.
gambar 1
Langkah 2
Applications>Crossover>Manage Bottles
gambar 2
Tekan butang Add, namakan bottles anda. Sebab saya dah ada bottles 1, jadi tutorial ini saya namakan
bottles 2. Sila guna nama yang sesuai mengikut citarasa anda. Dalam New Bottle Type pilih WinXP dan OK untuk pengesahan keluar. Tunggu seketika Bottles diciptakan (dalam seminit dua).
Langkah 3
gambar 3
1. klik Bottle 2
2. Klik Tab Applications
3. Klik Butang Install Software
4. Setelah kekotak Crossover Installer muncul, pilih Microsoft Office 2007.
5. Memastikan MS office ini akan di pasang pada Bottle pilihan.
6. Select Installer untuk menjejak sumber samada DVD rom atau pilih fail dalam cakera keras.
Langkah 4
gambar 4
Klik pada sumber Installer, kemudian jejak kepada Setup.exe.
Langkah 5
gambar 5
1. Setelah Setup.exe muncul,
2. Klik pada butang
Proceed.
Langkah 6
gambar 6
1. Klik semula pada Microsoft Office 2007.
2. Info memaparkan sumber fail installer.
3. Klik pada butang Install untuk memulakan pemasangan.
Langkah 7
gambar 7
Tekan
Yes. Anda akan nampak beberapa saat kemaskini font daripada famili Windows.
Langkah 8
gambar 8
Klik
Yes untuk memasang Microsoft.NET Framework.
Langkah 9
gambar 9
Tandakan pada
I agree dan tekan Install.
Langkah 10
gambar 10
Dalam beberapa minit, satu mesej Framework telah berjaya dipasangkan. Klik
OK untuk langkah seterusnya.
Langkah 11
gambar 11
Sekarang anda berada pada pemasangan Microsoft XML Parser Setup Wizard. Klik
Next untuk memulakannya.
Langkah 12
gambar 12
Tandakan pada
I Accept... dan klik
Next.
Langkah 13
gambar 13
Isi maklumat seperti yang diminta dan klik
Next.
Langkah 14
gambar 14
Klik
Install untuk pemasangan Parser dan klik butang Finish setelah siap.
Langkah 15
gambar 15
- Pada langkah ini, sila buka fail yang mengandungi Product Key Installer MS Office.
- Salin semua nombor siri dan tampal ke ruangan yang disediakan. Klik butang Continue setelah muncul ikon "right" bewarna hijau.
Langkah 16
Lakukan pemasangan MS office seperti anda memasangnya pada Windows. Saya syorkan pemasangannya dengan memilih mode Custom kerana Crossover mahupun Wine hanya menyokong MS Word, Excel dan Power Point sahaja yang dapat berfungsi dengan baik, yang lain-lain seperti Access, Groove, Outlook dll tidak perlu di pasang. Setakat yang saya tahu hari ini, MS office 2007 pada Wine dan Crossover masih di dalam peringkat beta.. Kalau Crossover yang berbayar mungkin okey kot..
Langkah 17
Selepas siap pemasangan MS Office ini, anda boleh mengaksesnya melalui menu Applications>Windows Applications>. Sila buka mana-mana aplikasi; contohnya MS Word 2007, semasa dihidupkan, sila Uncheck pada arahan yang tertulis "update". Selepas itu, gunalah mereka seperti biasa..
Langkah 18
Langkah terakhir, sila tetapkan nama
Bottle yang anda ciptakan mula-mula tadi kepada
default seperti gambar 16 di bawah.
gambar 16
Saya percaya
screenshot ini sangat membantu dan memudahkan pemasangan MS Office 2007 khasnya buat pengguna yang baru bermula dengan
Ubuntu.
Tambahan
Susu Ibu adalah susu terbaik yang membawa maksud di sini ialah Aplikasi Open Office.Org yang didatangkan secara lalai bersama Ubuntu adalah yang terbaik. Sokonglah Sumber Terbuka.
Sekian. Wassalam.