Saya rasa sudah lama enjin carian Ubuntu berasaskan enjin Google ini dilancarkan. Cuma saya sahaja yang kurang cakna. Hasil gabungan daripada Google + Ubuntu menjadi googlubuntu (http://www.googlubuntu.com/). Laman carian ini memudahkan mencari berita, tip, tutorial, trik dan pelbagai lagi permasalahan yang mungkin boleh dijawab dengan pantas.
Setiap teks yang ditaip padanya akan dihubungkan atau diarahkan ke laman yang popular seperti Ubuntu.com, Kubuntu.com, Edubuntu.org, Launchpad.net, ubuntuforums.org,
Kubuntuforums.net, ubuntuguide.org, getdeb.net, google groups «ubuntulinux» and «kubuntu», ubuntu-es.org, kubuntu-es.org, planetubuntu.es, ubuntips.com.ar, guia-ubuntu.org, cesarius.net, tuxpepino.wordpress.com, ubuntulife.wordpress.com dan lain-lain.
Di bawah kotak carian, terdapat 5 ikon teras kepada Ubuntu, Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu dan UbuntuStudio. Cara menggunakannya ialah ayat boleh disingkatkan kata cariannya, cuba lihat 2 perbezaan ini di antara versi google.com dan googlubuntu:
melalui Googlubuntu:
install libreofficemelalui google.com
how to install libreoffice on ubuntu
Jadi, jangan lupa ditandakan (bookmark) googlubuntu pada browser Firefox atau Chrome anda!
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan