Kepada mereka yang baru berkecimpung dunia Ubuntu Linux akan tertanya-tanya kenapa Ubuntu tidak boleh dipasang YM. Ini kerana YM dicipta untuk OS Windows sahaja.
Yahoo Messenger (YM) adalah perisian untuk chatting. Begitu juga dengan MSN. Secara default ubuntu telah menyediakan Pidgin dan juga Kopete untuk Internet messenger. Namun begitu perisian Pidgin ini ada beberapa kelemahan yang berkaitan " video chat" yang sedang dibangunkan.
Di sini, saya mengesyorkan pengguna Ubuntu boleh memasang
Gyachi sebagai penganti
YM. Kalau setakat chatting biasa, elok pakai Pidgin atau Kopete sahaja kerana 2 perisian IM ini multiprotokol.
Memasang Gyachi Ubuntu 10.04 (lucid)
Masukkan ppa berikut:
sudo apt-add-repository ppa:baudm/ppa
setelah itu, kemaskini dan pasang
sudo apt-get update
sudo apt-get install gyachi
Nota: jika server key mengalami masalah, sila muat turun pakej
DEB Gyachi
Untuk memasang Gyachi pada Ubuntu 9.10:
(Ubuntu 9.04 dan sebagainya klik di
sini)
- System>Administration>Software Source dan masukkan password anda.
- Kemudian klik Tab Others Software. Klik butang "Add" dan masukkan 2 link berikut (buat satu per satu)
deb http://ppa.launchpad.net/loell/ppa/ubuntu karmic main
deb-src http://ppa.launchpad.net/loell/ppa/ubuntu karmic main |
Setelah itu, tekan butang "Close".
- Applications>Accessories>Terminal, masukkan sudo apt-get update
- Tekan Enter dan masukkan paswword anda.
- Kemudian tutup terminal. Buka System>Application>Synaptic Package Manager, taipkan perkataan Gyachi dalam kotak carian.
- Tandakan pada Gyachi dan klik butang "Apply". (Jika tiada, tekan butang Reload). Tunggu sehingga proses muat turun dan pemasangan Gyachi selesai.
- Untuk menggunakannya, klik Applications>Internet>Gyachi.
Sekarang anda sudah boleh mula chat dan bervideo dengan rakan-rakan. Gyachi menyediakan beberapa fungsi tambahan yang menarik. Anda boleh explorer sendiri untuk mencuba fungsi-fungsi menarik yang disediakan.Terima kasih..
Kemaskini:
Muat turun Gyachi untuk 10.04 (boleh pakai version Jaunty) - 32bit
Muat turun Gyachi untuk 10.04 - 64bit
katalaluan: deen